Pengenalan G2 Aqua (Jitu Aquaculture)


~ G2 Aquaculture (Jitu Aquaculture) ditubuhkan secara rasmi pada 28 Julai 2008. Sebelum ini segala operasi G2 Aqua bernaung di bawah G TWO K SDN BHD - merupakan sebuah syarikat yang berurusan dengan 'sound/communication/security&safety'.

~Tujuan penubuhan g2 aquaculture ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam menceburi bidang akuakultur yang sedang berkembang pesat kini di samping menjana ekonomi dan pendapatan setempat. Bidang akuakultur mampu memberi pelbagai ilmu pengetahuan & pengalaman termasuk dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) tanpa perlu bergantung pada mana pihak yang tertentu sahaja.

~Apa yang diharapkan pada masa akan datang ialah kami mampu bersama-sama mengembleng tenaga dengan pengusaha tempatan bumiputera yang lain untuk memantapkan lagi penguasaan bumiputera di dalam bidang yang berpotensi tinggi ini.

Potensi Penternakan Ikan Keli

“…… pasaran ikan air tawar 10 tahun lalu agak lembab berikutan tidak ramai yang menggemari ikan berkenaan sehinggalah sekitar 2000, perniagaan kembali bernafas apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan promosi makan ikan tawar”

Rencana Tekno Tani, Siti Nor Saadah Md Yusof

Berita Harian, Jumaat 4 Januari 2008


Sektor penternakan negara mengalami satu revolusi yang mendadak berikutan banyak sokongan dan suntikan dari kerajaan dan badan bukan kerajaan kini.

Justeru, kami sebagai sebuah syarikat bumiputra berdaftar ingin menyahut seruan kerajaan dalam mengusahakan dan memajukan bidang penternakan dan pertanian sebagai satu cabang bidang perniagaan.